Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa banjir di Johor yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sedikit meningkat pagi ini. Foto Bernama

63 mangsa banjir di Kelantan, Johor masih berada di dua PPS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Sebanyak 63 mangsa banjir masih berada pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah dan Johor setakat 8 pagi ini.

Di KELANTAN, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan 36 mangsa banjir di Pasir Mas masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, Rantau Panjang, kekal seperti semalam.

Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran mencatatkan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras waspada, iaitu 7.70 meter.

Di JOHOR pula, jumlah mangsa banjir kekal 27 orang seperti semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata semua mangsa banjir itu ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Perpat di Kota Tinggi.

“Selain itu, keadaan cuaca di kesemua 10 daerah dijangka cerah pada pagi ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan