Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Latihan kebakaran membabitkan Soonlinmas kendalian Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Miri, hari ini. Foto BBP Lutong

33 kakitangan Soonlinmas sertai latihan kebakaran kendalian bomba

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 3 Jan: Seramai 33 kakitangan Soonlinmas Sdn Bhd menyertai latihan kebakaran yang diadakan di premis syarikat tersebut di Jalan Kuala Baram di sini, hari ini.

Latihan ini melibatkan sesi kawad pengungsian bangunan serta taklimat keselamatan kebakaran yang dikendalikan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong.

Pengarah Eksekutif Soonlinmas Sdn Bhd, S.T. Wong berkata ini adalah kali pertama latihan kebakaran dianjurkan di premis mereka.

“Kami baru sahaja mempelajari cara untuk keluar dari bangunan dengan selamat sekiranya berlaku kecemasan.

“Kami berterima kasih kepada Encik Henry (Ketua BBP Lutong) dan pasukannya atas penerangan yang jelas mengenai tatacara pengungsian bangunan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menyatakan komitmen syarikat untuk terus bekerjasama dengan pihak BBP Lutong dalam memperkukuhkan pengetahuan kakitangan mereka mengenai keselamatan kebakaran.

Ini kerana kawasan premis mereka dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi terhadap kebakaran.

“Kami merasa lega kerana kini balai bomba lebih dekat dengan kawasan kami, berbanding dahulu yang terletak jauh di bandar Miri,” tambahnya.

Latihan ini diketuai oleh Ketua BBP Lutong, Henry Jugah, bersama Pegawai Bomba Kanan I, Ramlee Sahari, serta enam anggota Pasukan Alpha.

Mereka menggunakan Jentera Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat (FRT) bagi melancarkan sesi latihan tersebut.

Latihan kebakaran ini diadakan sebagai langkah persediaan dan pencegahan, bagi memastikan kakitangan syarikat lebih bersedia menghadapi sebarang kecemasan di masa hadapan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan