Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan 196 etnik Rohingya yang telah mendarat di kawasan Pantai Teluk Yu, Langkawi, awal pagi tadi. Foto Maritim Malaysia

196 etnik Rohingya ditahan di Pantai Teluk Yu

ByBernama

ALOR SETAR, 3 Jan: Polis menahan 196 etnik Rohingya yang telah mendarat di kawasan Pantai Teluk Yu, Langkawi, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 3.25 pagi yang memaklumkan sekumpulan warga asing telah mendarat di kawasan pantai berkenaan.

“Kereta peronda yang ke lokasi kemudiannya mengesahkan terdapat sekumpulan besar warga asing di lokasi itu bersama sebuah bot yang terdampar di tepi pantai.

“Susulan itu, 31 pegawai dan anggota polis telah ke lokasi untuk membuat penangkapan terhadap kesemua warga asing itu. Pecahan tangkapan melibatkan 68 lelaki, 57 wanita, 39 kanak-kanak perempuan dan 32 kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kesemua warga asing etnik Rohingya itu dipercayai telah berlepas dengan bot dari Myanmar lebih kurang 10 hari lepas.

“Kesemua mereka telah dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Langkawi dan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Langkawi untuk proses dokumentasi. Saringan kesihatan juga telah dijalankan terhadap kesemua warga asing oleh Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi.

“Pasukan Polis Marin juga telah digerakkan untuk mengetatkan kawalan di Teluk Yu dan mengesan kemungkinan wujud baki bot yang menceroboh masuk kawasan perairan itu,” katanya.

Shariman turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang pantas memberikan maklumat mengenai kemasukan warga asing itu dan berharap dapat terus bekerjasama pada masa hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan