Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Musim kedua "Squid Game" menjadi rancangan paling ramai ditonton di Netflix semasa minggu pelancarannya, menurut pengumuman platform penstriman itu. Foto AFP

“Squid Game” catat 480 juta jam tontonan, dominasi kedudukan Netflix

ByBernama

SEOUL, 2 Jan: Musim kedua “Squid Game” menjadi rancangan paling ramai ditonton di Netflix semasa minggu pelancarannya, menurut pengumuman platform penstriman itu.

Berdasarkan senarai Global Top 10 Netflix untuk minggu berakhir Ahad, siri Korea Selatan itu mencatat lebih 480 juta jam tontonan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Angka luar biasa ini bukan sahaja memastikan kedudukannya di tangga teratas kategori TV bukan berbahasa Inggeris, malah mengatasi jumlah jam tontonan dalam kategori TV berbahasa Inggeris serta kategori filem berbahasa Inggeris dan bukan Inggeris bagi tempoh yang sama.

Siri itu juga mencipta rekod baharu untuk tontonan terbanyak dalam minggu tayangan perdananya, mengatasi rekod 448 juta jam tontonan yang dicapai musim pertama pada minggu keempat September 2021.

Walaupun baru ditayangkan pada Jumaat, musim kedua ini menduduki tempat ke-7 dalam senarai rancangan bukan berbahasa Inggeris paling popular sepanjang masa di Netflix.

Musim pertama “Squid Game” kekal di kedudukan teratas, diikuti siri Sepanyol “Money Heist” Bahagian 4 dan siri Perancis “Lupin” Bahagian 1.

Dalam perkembangan lain, poster promo yang dikeluarkan pada hari yang sama memberikan gambaran watak baharu, Cheol-soo, yang akan muncul bersama Young-hee, patung animatronik besar yang mengesan pergerakan pemain dalam permainan itu. Watak baharu ini dijangka tampil dalam musim ketiga yang dijangka ditayang tahun depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan