Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi. Foto hiasan Envato

Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi : Kementerian Luar beri bantuan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, kementerian itu memberi jaminan bahawa bantuan konsular telah diberikan kepada individu tersebut dan usaha berterusan dilakukan bagi memastikan perundangan tempatan melindungi haknya.

“Kementerian akan menyelaras rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menangani situasi itu dan komited untuk memberikan sokongan yang sewajarnya selain menegakkan prinsip kerahsiaan dan maruah untuk semua rakyat Malaysia di luar negara.

“Kami menggesa media supaya menghormati privasi individu dan keluarga mereka semasa masa sukar ini. Perkara sebegini sesuatu yang sensitif dan tidak boleh dianggap sebagai peluang untuk spekulasi atau gosip,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, sumber memaklumkan seorang pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober tahun lepas atas kesalahan memiliki dadah, kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu.

Menurut sumber itu hukuman tersebut dijatuhkan ketika perbicaraan pelawak terbabit pada November tahun lepas dan berdasarkan penghakiman, tempoh hukuman itu dijangka selesai April ini.

Difahamkan, pelawak tersebut mungkin dibebaskan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.

Sebelum ini, media melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan