Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Senegal Bassirou Diomaye Faye mengumumkan pada Selasa "pengakhiran kehadiran semua tentera asing" di negara Afrika Barat itu menjelang 2025 dalam ucapan sempena Tahun Baharu, lapor Xinhua. Foto hiasan Envato

Presiden Senegal umum pengakhiran tentera asing menjelang 2025

ByBernama

DAKAR, 2 Jan: Presiden Senegal Bassirou Diomaye Faye mengumumkan pada Selasa “pengakhiran kehadiran semua tentera asing” di negara Afrika Barat itu menjelang 2025 dalam ucapan sempena Tahun Baharu, lapor Xinhua.

“Saya mengarahkan menteri angkatan tentera untuk mencadangkan doktrin baharu dalam kerjasama pertahanan dan keselamatan yang antara lain membawa kepada pengakhiran semua tentera negara asing di Senegal mulai 2025,” katanya.

“Semua rakan Senegal akan dilayan sebagai rakan strategik dalam rangka kerjasama yang terbuka, pelbagai dan tanpa sekatan,” jamin presiden itu.

Pada 28 Nov lalu, Faye berkata kedaulatan yang diperjuangkan oleh kerajaannya “tidak selari dengan kehadiran pangkalan tentera di sebuah negara yang berdaulat”. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan