Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PERKESO komited untuk realisasikan Skim Bukan Bencana Kerja (SKBBK) pada tahun ini. Foto hiasan, Perkeso.

PERKESO mahu realisasikan perlindungan 24 jam kepada pekerja tahun ini

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) komited untuk merealisasikan hasrat memperkenalkan Skim Bukan Bencana Kerja (SKBBK) pada tahun ini.

Menurut PERKESO, mereka memberi komitmen terhadap dua pindaan perundangan iaitu Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) untuk dilaksanakan pada tahun ini.

“Ini adalah usaha ke arah mewujudkan perlindungan 24 jam kepada pekerja, sekali gus menutup segala kelompangan dalam jaringan keselamatan sosial sedia ada.

“Untuk 2025, beberapa pelan besar menanti untuk direalisasikan PERKESO seperti pindaan Akta 4, Akta 800 dan SKBBK yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat, demi menjamin keterangkuman aspek keselamatan sosial di Malaysia,” jelas pertubuhan itu menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu PERKESO memaklumkan, mereka turut memberi tumpuan kepada aspek inovasi yang menjadi antara perkara ditekankan dalam Forum Keselamatan Sosial Serantau (RSSF) Asia dan Pasifik baru-baru ini.

“Pembaharuan itu perlu dilaksanakan bagi memastikan jaringan keselamatan sosial harus kekal relevan seiring peredaran semasa,” tambah kenyataan itu.

Dalam pada itu, PERKESO memaklumkan agensi itu bersama-sama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah bagi penganjuran Forum Keselamatan Sosial Sedunia (WSSF) 2025 yang berlangsung pada 29 September hingga 3 Oktober depan.

“Perancangan ke arah forum berskala global berkenaan ketika ini giat dirintis kerana ia dijangka menghimpunkan 338 agensi dan institusi dari 163 negara dalam kalangan ahli Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA),” tambah PERKESO. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan