Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadhlina bercakap dalam sidang media di Putrajaya di sini hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Pentadbir sekolah jangan sorok kes buli – Fadhlina

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 2 Jan: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi amaran kepada pentadbir sekolah supaya tidak merahsiakan kes buli yang berlaku.

Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dalam isu buli dan setiap kes hendaklah diselesaikan mengikut garis panduan pengendalian kes buli yag ditetapkan.

“Saya juga ingin ingatkan guru besar dan guru pentadbir supaya jangan dirahsiakan kejadian ini (buli) dan kita minta supaya diselesaikan mengikut garis panduan pengendalian kes buli yang telah dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas Pengoperasian Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Putrajaya, hari ini.

97 peratus calon SPM hadir duduki peperiksaan hari ini

Tegasnya, pihak sekolah tidak wajar mempersoal hak dan tindakan ibu bapa yang menginginkan keadilan buat anak-anak mereka.

“Kenapa pula mereka persoalkan? Saya ingat itu hak ibu bapa kalau mereka merasakan anak mereka tidak mendapat keadilan dalam konteks siasatan dan aduan yang didakwa, ibu bapa berhak melanjutkan aduan tersebut ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Jelas beliau, pihak sekolah dan autoriti perlu memberi keadilan kepada pihak terlibat sepanjang pengendalian proses. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan