Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) melakukan pemeriksaan kepada kenderaan berat ketika tinjauan di PUSPAKOM Seksyen 28, Shah Alam hari ini. Foto Bernama

Op mengejut: Empat petugas Puspakom dipanggil beri keterangan

ByBernama

SHAH ALAM, 2 Jan: Empat petugas Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) cawangan Wangsa Maju dipanggil memberikan keterangan berhubung siasatan terhadap kenderaan tidak mematuhi standard yang didakwa diluluskan pusat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman berkata kesemua individu berkenaan dipanggil memberikan keterangan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya pada Isnin lepas dan hari ini.

Beliau berkata dua daripadanya adalah mereka yang bertindak meluluskan kenderaan berkenaan manakala dua lagi yang menggagalkan pemeriksaan itu.

“Saya mengesahkan dua individu telah memberikan keterangan kepada JPJ Putrajaya pada 30 Dis dan ada orang ketiga (yang dilihat) itu ialah Pengurus Wilayah Tengah Puspakom yang hanya menemani dua petugas terbabit.

“Sementara itu, dua lagi individu berkenaan dipanggil memberikan keterangan di JPJ Putrajaya pada hari ini,” katanya dalam sidang media di Puspakom Shah Alam di sini hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan