Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid bercakap kepada pemberita selepas hadir Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Putrajaya hari ini. Foto, Amiruddin (TVS).

Nilai jualan di premis MARA rekod RM1.77 bilion – Ahmad Zahid

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 2 Jan: Aktiviti perniagaan di premis Majlis Amanah Rakya (MARA) pada tahun lepas menyumbang nilai jualan mencecah RM1.77 bilion.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, aktiviti berkenaan juga mencipta hampir 15,000 peluang pekerjaan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sebanyak 138 peratus peningkatan berjaya dicatatkan kementerian itu dalam menambah sumber pendapatan masyarakat desa.

“(Ini dilakukan) melalui Program Pendigitalan Usahawan Desa yang memberi manfaat kepada 3,034 individu,”katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Muhd Khair Razman.

KKDW semak semula dasar bangunkan masyarakat luar bandar

Sementara itu dalam aspek kewangan pula, Ahmad Zahid berkata, Kumpulan RISDA mencatatkan prestasi kewangan sebanyak RM70 juta manakala FELCRA Berhad mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 168 peratus dengan pengagihan berjumlah RM129 juta kepada hampir 68,000 peserta.

“Sememangnya banyak kejayaan yang telah kita capai bersama, sama ada di kementerian, agensi mahupun Lembaga Kemajuan Wilayah,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kementeriannya telah menampilkan prestasi yang memberangsangkan sehingga berjaya memperoleh tempat kedua bagi Anugerah Penilaian Outcome Kementerian Berprestasi Tinggi tahun lalu.

“Kita terus unggul membangunkan ekonomi berasaskan komuniti melalui Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) dan Program Desa Lestari dengan membelanjakan sebanyak RM 33 juta dan memangkin taraf kehidupan lebih 6,228 penduduk desa,” ujarnya.

Ahmad Zahid menambah, bagi aspek pendidikan pula, KKDW telah mengilhamkan program pra tahfiz KEMAS yang dijangka melahirkan 52,296 huffaz cilik yang mahir dalam pengajian Al-Quran dan pengajian Islam.

Pada masa sama, kata beliau, KKDW juga telah mencatatkan peningkatan signifikan dalam menghantar pelajar Orang Asli melanjutkan pengajian di peringkat universiti pada tahun lalu dengan merekodkan 420 orang. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan