Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini, hari ini. Foto: Amirrudin (TVS).

KKDW semak semula dasar bangunkan masyarakat luar bandar

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 2 Jan: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan menyemak semula Pelan Tindakan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB 2030) dan Pelan Strategik Kementerian 2025.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu bagi memastikan KKDW berada di landasan tepat untuk membangunkan masyarakat luar bandar.

Beliau yang juga Menteri di KKDW berkata, semakan berkenaan juga penting bagi memastikan ia selari dengan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

“Kita perlu benar-benar memastikan KKDW berada di laluan yang tepat untuk membangunkan masyarakat desa. Selain penilaian dalaman, kementerian harus bekerjasama dengan badan penyelidikan pihak ketiga yang bebas untuk memastikan penilaian program dan inisiatif dibuat secara objektif.

“Untuk lebih memahami maklum balas rakyat, saya telah mengarahkan UniKL bagi menjalankan kajian menyeluruh mengenai tahap kepuasan rakyat terhadap penyediaan keperluan asas, kemudahan asas, dan usaha memangkin sosioekonomi kawasan pedesaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Muhd Khair Razman.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, dapatan itu sangat penting bagi memastikan perancangan Kementerian kekal relevan dan memberi impak yang lebih berkesan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyeru warga KKDW untuk terus berkerjasama sebagai satu pasukan bagi menghasilkan ‘output’ dan ‘outcome’ yang melangkaui kebiasaan dengan pada masa sama mengetepikan isu-isu kecil yang boleh menggugat matlamat besar yang diperjuangkan kementerian.

“Pada 17 hingga 19 Januari nanti, kita akan berkumpul sekali lagi untuk berbincang secara mendalam dan melahirkan lebih banyak idea segar. Marilah kita bersama-sama menjadikan tahun 2025 sebagai tahun yang lebih gemilang daripada tahun-tahun sebelumnya,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan