Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tujuh kenderaan terbabit dalam kemalangan di tempat letak kenderaan di Batu 3, Kuching, hari ini. Foto PDRM

Kemalangan libatkan tujuh kenderaan berpunca BMW hilang kawalan

KUCHING, 2 Jan: Satu kemalangan jalan raya melibatkan tujuh kenderaan dalam satu kejadian di tempat letak kereta di Batu 3, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kejadian yang berlaku sekitar 11.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu sebuah kenderaan jenis BMW yang hilang kawalan dan merempuh kenderaan-kenderaan yang diparkir di lokasi tersebut.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden ini,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pemilik kenderaan yang terlibat supaya hadir ke balai polis terdekat untuk melengkapkan siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Amirul Azami Ahmad Rasol di talian 016-8593994 atau 082-259900.

“Pengguna jalan raya diingatkan untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu bagi memastikan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan