Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Individu terkaya, Elon Musk (kanan) di tangga teratas dan Jeff Bezos di tempat kedua.

Kekayaan RM1.93 trilion, Elon Musk di tangga teratas individu terkaya

BySaibi Gi

KUCHING, 2 Jan: Bloomberg Billionaires Index hari ini mengeluarkan barisan terkini individu terkaya di dunia, yang menyenaraikan 500 individu terkaya dunia dengan jumlah kekayaan luar biasa.

Bloomberg menerusi laman web, memaklumkan indeks ini dikemas kini setiap hari selepas penutupan pasaran saham di New York, dengan analisis kekayaan bersih setiap individu tersedia di laman profil mereka.

Menduduki tempat pertama ialah Elon Musk, pengasas Tesla, pemilik media sosial X dan SpaceX dengan kekayaan bernilai USD432 bilion bersamaan RM1.93 trilion.

Musk yang terkenal dalam perniagaan automotif elektrik terus mengukuhkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di dunia.

Di tangga kedua ialah pengasas Amazon, Jeff Bezos, dengan kekayaan sebanyak USD239 bilion (kira-kira RM1 trilion). Bezos kekal antara tokoh berpengaruh dalam e-dagang dan teknologi global.

Mark Zuckerberg, pengasas Facebook (kini dikenali sebagai Meta Platforms), berada di tempat ketiga dengan jumlah kekayaan USD207 bilion (sekitar RM925 bilion). Zuckerberg mendapat keuntungan besar daripada platform media sosial dan inisiatif realiti maya.

Di kedudukan keempat ialah Larry Ellison, pengasas bersama Oracle Corporation dengan nilai kekayaan sebanyak USD192 bilion (kira-kira RM858 bilion). Ellison terkenal dengan sumbangannya dalam perisian dan teknologi cloud.

Melengkapkan lima teratas ialah Bernard Arnault, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif LVMH (Louis Vuitton Moët Hennessy), dengan kekayaan AS$176 bilion (sekitar RM787 bilion). Arnault merupakan tokoh utama dalam industri fesyen dan barangan mewah dunia.

Senarai ini menggambarkan pengaruh luar biasa individu-individu ini dalam pelbagai industri global, termasuk teknologi, runcit dan fesyen mewah.

Bloomberg Billionaires Index kekal sebagai penanda aras utama dalam memahami pengagihan kekayaan di peringkat dunia.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan