Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat individu yang meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada malam tahun baharu dipercayai telah mengambil pil jenis ekstasi. Foto media sosial

Empat meninggal dunia hadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway, dipercayai ambil ekstasi

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Empat individu yang meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada malam tahun baharu dipercayai telah mengambil pil jenis ekstasi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini polis menerima laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur yang memaklumkan kedua-dua hospital menerima tujuh orang pesakit yang menunjukkan simptom yang sama.

Jelas beliau, dua mangsa masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala seorang lagi telah dibenarkan pulang.

“Sehingga kini, sebanyak enam percakapan saksi telah dirakam. Beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan termasuk pihak penganjur konsert dan rakan-rakan mangsa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, pihak polis masih menunggu laporan analisis toksikologi bagi mengesahkan punca kematian.

Jelasnya pada hari kejadian, ketujuh-tujuh mangsa hadir secara berasingan bersama kawan-kawan dan ahli keluarga masing-masing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan