Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pantas Dr. Muhammad Zulhusni Muhammad Damanhuri berjaya mengawal kebakaran melibatkan kipas ekzos

Doktor wira Hospital Saratok selepas berjaya kawal kebakaran

SARATOK, 2 Jan: Tindakan pantas Dr. Muhammad Zulhusni Muhammad Damanhuri berjaya mengawal kebakaran melibatkan kipas ekzos di tandas Wad Kanak-Kanak Hospital Saratok daripada merebak awal pagi tadi.

Pegawai perubatan berusia 32 tahun itu bertindak pantas memadamkan kebakaran sekali gus mengelak kejadian  menjadi lebih buruk.

Ketika insiden berlaku, wad tersebut dihuni tiga jururawat dan dua kanak-kanak bersama-sama penjaga masing-masing.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok menerima panggilan kecemasan pada jam 7.22 pagi.

“Tujuh anggota bomba yang diketuai PBK II Freddy John segera dikerahkan ke lokasi. Namun, setibanya mereka di hospital, kebakaran telah pun dipadamkan oleh Dr. Muhammad Zulhusni menggunakan alat pemadam api jenis debu kering,” menurut kenyataan tersebut.

Pihak bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan keseluruhan untuk memastikan keadaan benar-benar selamat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan