Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook. Foto, Bernama.

Bidaan siri nombor plat ‘FG’ dibuka hingga 6 Jan

PUTRAJAYA, 2 Jan: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) Putrajaya Siri FG bermula hari ini hingga 6 Jan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bidaan berkenaan dibuka melalui sistem JPJeBid.

“Langkah ini bukan sahaja menambah hasil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi juga membuka peluang untuk pemilikan nombor istimewa,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pejabat Baharu JPJ di sini hari ini.

Terdahulu, Loke merasmikan pejabat JPJ baharu yang merupakan inisiatif penting untuk meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan berkenaan.

Beliau berkata perasmian pejabat baharu itu juga adalah simbol perubahan, bukan sekadar dari segi infrastruktur tetapi juga tanggungjawab ntuk memastikan perkhidmatan JPJ menjadi lebih cekap, responsif, dan memenuhi kehendak rakyat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan