Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui. Foto AFP

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium – Amarjit

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh berkata Mohd Azizulhasni masih belum mengesahkan keputusan beliau kepada badan itu dan Majlis Sukan Negara (MSN) setakat hari ini.

“Saya rasa sebelum ini beliau menyatakan mahu berjumpa Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh) untuk berbincang mengenai perkara ini. Jadi kami sedang menunggu pertemuan itu.

“Saya turut diberitahu, minggu depan Datuk Azizulhasni akan pergi menunaikan umrah dan saya percaya jika ada pertemuan, ia akan diadakan selepas beliau kembali. Jadi semuanya KIV (dalam perhatian) hingga lebih kurang dua minggu akan datang,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, PKBM dan MSN bersetuju untuk mengekalkan juara dunia keirin 2017 itu dalam Program Podium bagi 2025 dan MSN memberi beliau hingga Selasa (31 Dis) lepas, sama seperti atlet kebangsaan lain, untuk mengesahkan minatnya.

Meskipun terlepas tarikh akhir, pemenang perak Olimpik Tokyo 2021 dan gangsa Rio 2016 itu masih boleh menyertai program tersebut kemudian dengan gaji bermula dari tarikh kontrak ditandatangani.

Mohd Azizulhasni yang menginjak usia 37 tahun Ahad ini, masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung penglibatannya dengan pasukan negara selepas kali terakhir beraksi di Olimpik Paris, Ogos lepas.

Di Paris, penyertaan atlet dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ itu dibatalkan dalam saringan pertama keirin lelaki kerana memintas derny (pacer motosikal) sebelum derny meninggalkan trek.

Selain gaji bulanan, atlet di bawah Program Podium layak mendapat pelbagai faedah termasuk kemudahan sains sukan, perubatan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan