Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angka korban akibat insiden jambatan runtuh di utara Brazil pada 22 Dis lepas, meningkat kepada 12 orang selepas dua lagi mayat ditemukan di Sungai Tocantins, menurut Tentera Laut Brazil pada Rabu, lapor Xinhua. Foto AFP

Angka korban jambatan runtuh di Brazil meningkat kepada 12 orang

ByBernama

SAO PAULO, 2 Jan: Angka korban akibat insiden jambatan runtuh di utara Brazil pada 22 Dis lepas, meningkat kepada 12 orang selepas dua lagi mayat ditemukan di Sungai Tocantins, menurut Tentera Laut Brazil pada Rabu, lapor Xinhua.

Lima lagi mangsa masih hilang sejak kejadian berlaku di Jambatan Juscelino Kubitschek de Oliveira, yang terletak di lebuh raya yang menghubungkan negeri Tocantins dan Maranhao.

Penyelam taktikal tentera laut dengan bantuan polis dan anggota bomba meneruskan usaha mencari mangsa, menurut kenyataan rasmi daripada agensi berita kerajaan, Agencia Brasil.

Sekurang-kurangnya 10 kenderaan, termasuk tiga trak yang membawa 25,000 liter racun perosak dan 76 tan asid sulfurik terjunam ke dalam sungai apabila jambatan itu runtuh.

Agensi Air Kebangsaan menyatakan ujian ke atas sampel air menunjukkan tiada bahan kimia yang tertumpah ke dalam sungai.

Direktorat Infrastruktur Pengangkutan Kebangsaan melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca tragedi itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan