Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima maut manakala lebih 30 penumpang dilaporkan cedera apabila sebuah bas pelancong terbabas dan melanggar pembahagi jalan di daerah Chaiya, Surat Thani di Selatan Thailand pada malam Rabu. Foto media sosial

5 terbunuh, lebih 30 cedera bas terbabas di Surat Thani

ByBernama

SURAT THANI (Thailand), 2 Jan: Lima maut manakala lebih 30 penumpang dilaporkan cedera apabila sebuah bas pelancong terbabas dan melanggar pembahagi jalan di daerah Chaiya, Surat Thani di Selatan Thailand pada malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam (waktu tempatan) pada Rabu, Gabenor Surat Thani, Thiruth Supaviboonpol berkata bas sewa khas dengan dua pemandu dan 36 penumpang dalam perjalanan dari Betong, Yala di selatan Thailand ke Bangkok terbabas.

Beliau memaklumkan bahawa seorang penumpang telah turun dari bas sebelum kemalangan berlaku atas urusan peribadi.

“Saya dimaklumkan bahawa lima meninggal dunia di tempat kejadian manakala 32 orang yang cedera, termasuk tiga yang mengalami kecederaan parah telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata Timbalan Gabenor Surat Thani, Bandan Sathirachawan diarahkan untuk melawat lokasi kejadian dan mangsa di hospital.

Katanya, bantuan segera telah diberikan kepada mangsa yang cedera, serta waris dan ahli keluarga.

“Mayat mangsa yang meninggal dunia telah dibawa ke Hospital Yayasan Kusonsattha Surat Thani untuk pengurusan dokumen sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa untuk dikebumikan,” katanya.

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kemalangan itu.

“Kami telah menghubungi pihak berkuasa tempatan di Surat Thani dan hasil semakan mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kemalangan itu,” katanya ketika dihubungi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan