Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita maut di rumahnya di Pulau Sumatera, Indonesia, pada Isnin selepas diserang sekumpulan gajah liar. Foto hiasan Envato

Wanita maut diserang gajah di Indonesia

ByBernama

JAKARTA, 31 Dis: Seorang wanita berusia 63 tahun maut di rumahnya di Pulau Sumatera, Indonesia, pada Isnin selepas diserang sekumpulan gajah liar, menurut laporan media tempatan yang dipetik oleh agensi berita Jerman (dpa).

Kejadian berlaku sebelum subuh di wilayah Lampung berhampiran Taman Negara Bukit Barisan Selatan, sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan kepelbagaian biodiversitinya, menurut laporan agensi berita negara, Antara.

Rakaman yang tersebar luas di media sosial menunjukkan rumah wanita itu musnah selepas diserang sekumpulan gajah itu, yang dilaporkan memasuki kampung dari hutan perlindungan di sekitarnya.

Insiden itu menyerlahkan konflik yang semakin meningkat antara penempatan manusia dan hidupan liar, terutamanya di kawasan aktiviti manusia yang semakin berkembang mengancam habitat semula jadi spesies yang dilindungi.

Taman Negara Bukit Barisan Selatan antara hutan hujan terbesar di Indonesia, adalah penempatan kepada pelbagai spesies terancam, termasuk gajah Sumatera.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan