Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Robert Douglas Friend hari ini secara rasmi diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pasukan kebangsaan.Foto kredit Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Robert Douglas Friend diumum CEO pasukan bola sepak kebangsaan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Bekas pemain kelab LA Galaxy, Robert Douglas Friend hari ini secara rasmi diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pasukan kebangsaan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, bekas pemain bola sepak berasal dari Kanada itu yang lebih dikenali sebagai Rob Friend akan bertindak selaku peneraju utama dalam struktur organisasi baharu bagi melaksanakan revolusi skuad Harimau Malaya.

“Rob pernah menjadi salah seorang pengasas bersama liga bola sepak profesional Kanada iaitu Canadian Premier League (CPL) dan berjaya meningkatkan nilai liga tesebut sehingga AS$ 300 juta dalam tempoh enam tahun.

“Beliau juga banyak terlibat dalam menerajui penubuhan dan pembangunan strategik kelab termasuk pembangunan stadium dan pusat latihan,” jelas FAM menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam karier sebagai pemain pula, Rob, 43, pernah beraksi sebagai penyerang dengan mewakili kelab Norway, Moss FC dan Molde FK selain berpengalaman dalam kancah saingan Liga Jerman apabila menyertai kelab Borussia Monchengladbach, Hertha Berlin, Eintracht Frankurt dan 1860 Munich.

Terdahulu pada 16 Disember lepas, FAM mengumumkan Peter Cklamovski dari Australia sebagai Ketua Jurulatih Kebangsaan baharu manakal Nafuzi Zain sebagai Ketua Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan