Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa pelarian memaklumkan khemah mereka diterbangkan angin kencang yang melanda Gaza sejak dua hari lepas, memaksa mereka menghadapi kesejukan yang menusuk ke tulang tanpa sebarang perlindungan. Foto AFP

Ratusan khemah di Gaza dilanda banjir akibat hujan lebat

ByBernama

GAZA, 31 Dis: Ratusan khemah di kem pelarian di pelbagai lokasi di Semenanjung Gaza ditenggelami banjir malam tadi dan awal pagi Selasa akibat hujan lebat, yang memburukkan lagi penderitaan keluarga yang hidup dalam keadaan daif susulan pengeboman berterusan oleh tentera Israel, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Mangsa pelarian memaklumkan khemah mereka diterbangkan angin kencang yang melanda Gaza sejak dua hari lepas, memaksa mereka menghadapi kesejukan yang menusuk ke tulang tanpa sebarang perlindungan.

Mereka yang terutamanya berlindung di kawasan Deir al-Balah dan Mawasi Khan Yunis di selatan Gaza mengalami malam yang sukar apabila khemah mereka dipenuhi air hujan dan diterbangkan angin kencang.

Keadaan cuaca sejuk ini turut mengakibatkan kematian seorang bayi di Gaza akibat suhu rendah, menjadikan jumlah kematian akibat kesejukan dan ketiadaan pemanas kepada tujuh orang dalam tempoh kurang seminggu.

Pasukan penyelamat menerima ratusan panggilan kecemasan daripada mereka yang terpaksa berpindah sebelum ini untuk menyelamatkan  mereka dan anak-anak  yang terperangkap dalam khemah serta rumah yang musnah dan ditenggelami air.

Pasukan penyelamat menyatakan mereka hanya boleh membawa mereka yang terpaksa berpindah itu daripada tempat perlindungan yang rosak itu ke tempat lain yang kebanyakannya tidak sesuai untuk berlindung, dan mereka masih lagi tanpa tempat berteduh daripada hujan dan angin yang sejuknya menusuk ke tulang.

Malapetaka kemanusiaan yang kritikal memaksa kira-kira dua juta orang meninggalkan kediaman mereka   sejak 7 Oktober 2023 dan tinggal di khemah usang yang tidak memenuhi keperluan asas kehidupan dan tidak mampu melindungi mereka daripada kedinginan musim sejuk selepas rumah mereka dimusnahkan oleh tentera Israel. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan