Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis berjaya mengesan lori yang dilaporkan hilang di Subang Jaya pada Ahad lepas. Foto, IPD Subang Jaya.

Polis tumpas sindiket curi lori, pecah rumah di Subang Jaya

ByHafeezzur Muzamir

SUBANG JAYA, 31 Dis: Polis menahan lima lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kenderaan dan pecah rumah di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 27 hingga 37 tahun itu diberkas pada Ahad.

Katanya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan sebelum itu menggerakkan sepasukan anggota bagi mengesan kehilangan sebuah lori tiga tan yang hilang pada hari yang sama selepas satu laporan dibuat oleh seorang pengadu.

“Pengadu telah meletakkan lori jenis Isuzu Delta tiga tan milik syarikat di tepi jalan usj 1/25, Subang Jaya, Selangor pada 29 Disember dengan selepas itu dia mendapati ia telah hilang disyaki dicuri.

“Pada jam lebih kurang 12:30 tengah hari, sepasukan polis dari balai polis USJ 8 telah berjaya mengesan lori tersebut dan turut menemui sebuah kereta jenis Hyundai Starex bewarna hitam di tepi jalan u3/3 (BKK), Bandar Pinggiran, Subang, 40150 Shah Alam yang dinaiki oleh lima lelaki tempatan.

“Hasil pemeriksaan telah menemui beberapa peralatan pecah rumah di dalam kenderaan kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Wan Azlan berkata, hasil soal siasat awal terhadap suspek telah membawa kepada penemuan sebuah kenderaan di pusat beli belah IOI City Mall, Puchong yang digunakan oleh suspek dalam melakukan kegiatan pecah rumah.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut turut menemui dua unit compressor aircond dan satu unit tong gas.

“Hasil semakan lanjut mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah,” katanya.

Wan Azlan menambah, kelima-lima suspek telah dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk permohonan reman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan majistret telah membenarkan reman selama empat hari bermula semalam.

Kes disiasat di bawah seksyen 379a kanun keseksaan (akta 574) dengan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan