Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang warganegara Indonesia yang merupakan suspek kes bunuh rakan senegara di sebuah ladang di Pantu berjaya ditangkap tengah hari ini.

Polis sahkan seorang OKT meninggal di lokap balai polis

ByBernama

KOTA BHARU, 30 Dis: Polis Kelantan mengesahkan seorang lelaki iaitu orang kena tahan (OKT) di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, meninggal dunia pada 7.40 pagi, hari ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.

“Lelaki ini telah ditangkap pada 12.30 tengah hari, 26 Dis dan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pada 9.14 pagi, 27 Dis, OKT tersebut dibawa ke Mahkamah Kota Bharu bagi permohonan reman dan dibenarkan reman selama empat hari bermula 27 Dis hingga hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pada 7 pagi hari ini, anggota yang bertugas di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa mendapati lelaki berkenaan telah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia pada 7.40 pagi tadi.

Mohd Yusoff berkata kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Siasatan lanjut masih diteruskan sehingga menerima laporan bedah siasat. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini sementara siasatan masih dijalankan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan