Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan SAR memulakan operasi pencarian di sekitar lokasi kejadian. Foto JBPM Sarawak

Ops SAR lelaki terjatuh sungai disambung hari ini

BELAGA, 31 Dis : Operasi mencari seorang lelaki yang khuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Benatu di sini, disambung hari ini selepas ditangguhkan semalam akibat cuaca gelap.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak berkata operasi yang turut disertai pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Lembaga Sungai -Sungaii (LSS) itu ditangguhkan sementara pada jam 6.18 petang.

Pada operasi hari pertama katanya, pasukan SAR melakukan pencarian pada radius dua kilometer (km) dari jarak terakhir mangsa terjatuh, dengan menggunakan bot pihak polis dan orang kampung.

“Bagaimanapun kita gagal menemui tanda positif keberadaan mangsa sebelum memutuskan untuk menangguhkan operasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu,Micheal Sait Lanyau, 60, dikhuatiri lemas apabila terjatuh dari perahu dipercayai ketika mencari buah durian.

Sehubungan itu, bomba menerima panggilan kejadian pada jam 1.10 petang sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi berkenaan.

Mangsa dipercayai terjatuh dari perahu yang dinaikinya sebelum hilang dibawa arus.

Kejadian sempat disaksikan penduduk kampung yang melihat mangsa terjatuh ke dalam sungai.

Bagaimanapun, mereka tidak sempat menyelamatkan lelaki berkenaan kerana hanya melihat insiden itu dari jauh. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan