Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata di bawah RMK12, Sarawak telah melaksanakan dengan jayanya projek-projek infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, bekalan eletrik dan air serta projek sosioekonomi.

Melangkah ke tahun baharu, Sarawak lebih fokus pembangunan berimpak tinggi

KUCHING, 31 Dis: Sarawak bersedia memasuki tahun 2025 dengan lebih fokus terhadap pembangunan inklusif dan berimpak tinggi untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan di bawah dasar mampan untuk mencapai matlamat ini.

Tahun 2025 menjadi tahun penting kerana ia menandakan penutup kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), jelasnya.

“Di bawah rancangan tersebut, Sarawak telah melaksanakan dengan jayanya projek-projek infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, bekalan eletrik, bekalan air dan projek sosioekonomi seperti pembangunan industri kecil dan sederhana (SME) dan program jaringan keselamatan sosial,” katanya dalam perutusan sempena tahun baharu 2025.

Beliau turut berharap semua projek fizikal dalam RMK12 dapat disiapkan menjelang 2025 demi manfaat rakyat.

Sementara itu pada 2025, Sarawak turut merancang pelbagai pelaksanaan projek besar termasuk pelabuhan laut dalam dan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching dalam usaha untuk meningkatkan kapasiti ekonomi Sarawak dan menjadikannya hab penting di rantau ini.

“Pada 2025, Kajian Separuh Penggal juga akan dilaksanakan terhadap Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 2030 (PCDS 2030) untuk menilai kejayaan pelaksanaan program-program dan projek-projek di bawah PCDS 2030.

“Saya yakin semua projek infrastruktur, projek-projek bekalan air, program untuk menaiktaraf ketersambungan Internet dan program-program kesejahteraan sosial yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak sendiri akan diteruskan dengan jayanya menjelang 2030,” ujarnya lagi.

Dalam perutusan sama, beliau turut menyeru rakyat untuk bersama menikmati manfaat pembangunan tanpa mengira latar belakang demi perpaduan dan kejayaan negeri.

Dalam pada itu, Abang Johari dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, dijadual menghadiri Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 di Square Tower, Tebingan Kuching malam ini.

Pelbagai pengisian menarik dianjurkan menuju ke detik kiraan ke tahun baharu di mana antara menjadi tumpuan adalah konsert ambang tahun baharu yang menampilkan barisan artis popular tempatan seperti Zee Avi, Akim & The Majistret serta penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan