Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat lelaki tanpa identiti dibawa anggota bomba dan penyelamat jeti nelayan Kampung Sampun Tebun, Asajaya, untuk diserahkan kepada polis. Foto JBPM

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui dalam keadaan tertiarap, patah kaki

ASAJAYA, 31 Dis: Satu mayat lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap, patah kaki kiri dan tanpa pakaian di Kampung Sampun Tebun, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata anggota bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu pihak polis mengambil mayat tersebut.

“Komander operasi melaporkan mangsa telah dijumpai di kawasan lumpur. Keadaan mangsa tertiarap dan patah kaki sebelah kiri. Mangsa dijumpai tidak berpakaian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, pada Ahad lalu, sekitar jam 1.01 tengah hari, Balai Polis Asajaya menerima panggilan daripada Ketua Kaum Kampung Sampun Tebun yang memaklumkan penduduk kampung menemui satu mayat terapung di kawasan Laut Muara Sampun.

Mayat tersebut kemudian diikat pada sebatang pokok untuk mengelakkannya dihanyutkan ombak.

Bagaimanapun, disebabkan keadaan laut yang bergelora, operasi mengambil mayat terpaksa ditangguhkan.

“Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua hari ini, pasukan bomba telah bergerak ke lokasi menggunakan bot dan berjalan kaki melalui kawasan paya bakau pagi tadi.

“Pada jam 11 pagi, mayat mangsa ditemui di kawasan lumpur. Hujan lebat dan keadaan air pasang menyukarkan operasi mengambil mayat tersebut,” ujarnya.

Pasukan SAR tiba di jeti nelayan Kampung Sampun Tebun bersama mayat mangsa pada jam 2.15 petang, sebelum menyerahkan mayat kepada polis untuk tindakan lanjut.

Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan