Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di Johor dan Kelantan, masing-masing menyaksikan peningkatan setakat 8 malam ini. Foto fail Bernama

Mangsa banjir di Johor dan Kelantan meningkat malam ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Kelantan, masing-masing menyaksikan peningkatan setakat 8 malam ini.

Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 69 orang daripada 17 keluarga berbanding 52 orang daripada 14 keluarga 8 pagi tadi.

Beliau berkata mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gembut dan Balai Raya Kampung Perpat di Kota Tinggi.

“Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dan Sungai Paya Dato di Mersing pula mencatat paras amaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di Jajahan Pasir Mas meningkat kepada 31 orang daripada sembilan keluarga berbanding 23 orang daripada tujuh keluarga sebelum ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To’Deh.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan