Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia dan China dijangka memulakan pertukaran 10 saintis dan penyelidik selama enam bulan pada suku ketiga tahun hadapan bagi mewujudkan perkongsian kepakaran dalam sains, teknologi dan inovasi antara kedua-dua negara. Foto AFP

Malaysia, China bakal laksana pertukaran 10 saintis untuk kongsi kepakaran

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Malaysia dan China dijangka memulakan pertukaran 10 saintis dan penyelidik selama enam bulan pada suku ketiga tahun hadapan bagi mewujudkan perkongsian kepakaran dalam sains, teknologi dan inovasi antara kedua-dua negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia (ASM) Hazami Habib berkata inisiatif di bawah Program Pertukaran Rakyat ke Rakyat Malaysia-China dalam Sains dan Teknologi 2025 itu bakal menyaksikan 10 saintis dari China menjalani latihan dalam bidang keutamaan bersama antara kedua negara manakala 10 saintis negara akan dihantar ke China bagi tujuan sama.

“Antara bidang yang akan diterokai oleh saintis kedua-dua negara melibatkan kecerdasan buatan (AI), blok rantai, tenaga, angkasa, vaksin, bahan termaju dan semikonduktor,” katanya kepada Bernama baru-baru ini

Hazami berkata pemilihan saintis akan dibuat pada suku kedua tahun hadapan dengan keutamaan diberikan kepada saintis muda dan pertengahan karier, dengan mereka perlu menghasilkan projek bermanfaat sekembalinya ke tanah air.

Beliau berkata saintis Malaysia akan dibiayai oleh Malaysia Science Endowment (MSE), sebuah tabung alternatif kebangsaan untuk aktiviti penyelidikan, pembangunan, inovasi, pengkomersialan dan ekonomi (RDICE) Malaysia.

Hazmi berkata program pertukaran saintis berkenaan merupakan antara hasil memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia dan Kementeriam Sains dan Teknologi (MOST) China pada Jun lepas.

MoU tersebut bertujuan mengeratkan kerjasama antara saintis dan institusi penyelidikan Malaysia dan China.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang sebelum ini berkata beliau mahu melihat kedua-dua negara meneruskan usaha ke arah kecemerlangan penyelidikan di bawah kumpulan kedua Dana Penyelidikan Strategik-Request for Proposal (SRF-RFP) Program Penyelidikan Bersama Malaysia-China 2025. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan