Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin pada majlis penyerahan cek Projek Kecil Luar Bandar di Pejabat SUPP Senadin, Miri, hari ini. Foto Faisal Rambli (TVS)

Kuala Baram mungkin sesuai dinamakan sebagai Bandar Pelabuhan Miri

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 31 Dis: Beberapa projek pembangunan infrastruktur sedang giat dilaksanakan di Miri sebagai pemangkin kepada pembangunan masa depan bandar ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, berkata salah satu projek utama yang mendapat perhatian ialah pembinaan terusan akses di Kuala Baram.

“Projek ini bertujuan menjadikan Miri sebuah pelabuhan laut dan dijangka mencetuskan kawasan pertumbuhan ekonomi baharu, selain membuka peluang untuk pembangunan sebuah bandar satelit yang mungkin dinamakan sebagai Bandar Pelabuhan Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Pejabat SUPP Senadin, Miri, hari ini.

Kim Shin turut menekankan isu kesesakan lalu lintas, terutama semasa musim perayaan di Jalan Sungai Tujuh, laluan utama yang menghubungkan Miri dengan Brunei Darussalam.

“Saya mencadangkan penyelesaian jangka panjang melalui pembesaran dan pengubahsuaian besar-besaran bagi meningkatkan aliran trafik antara kedua-dua negara,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan pembinaan jambatan baharu untuk mengurangkan kesesakan di Jalan Pujut-Lutong. Cadangan lain termasuk pembinaan jambatan baru di Kuala Miri yang sedang dalam pertimbangan.

“Jambatan ini akan menghubungkan kawasan tersebut ke Pulau Melayu, sekaligus menyediakan pilihan tambahan kepada pengguna jalan raya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan