Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan New Zealand akan menyediakan kit vape atau rokok elektronik secara percuma kepada orang dewasa di negara itu yang ingin berhenti merokok mulai minggu depan. Foto hiasan Envato

Kit vape percuma untuk rakyat New Zealand ingin berhenti merokok

ByBernama

WELLINGTON, 31 Dis: Kerajaan New Zealand akan menyediakan kit vape atau rokok elektronik secara percuma kepada orang dewasa di negara itu yang ingin berhenti merokok mulai minggu depan, lapor Xinhua.

Perkhidmatan Berhenti Merokok di seluruh New Zealand akan menerima kit permulaan vape yang akan diberikan secara percuma kepada perokok dewasa, terutamanya untuk membantu mereka yang telah mencuba kaedah lain untuk berhenti, kata Timbalan Menteri Kesihatan Casey Costello pada Selasa.

“Vape memainkan peranan penting dalam mengurangkan kadar merokok, dan kerajaan menyokong orang dewasa beralih kepada vape kerana ia jauh kurang berbahaya berbanding menghisap rokok,” kata Costello.

Beliau berkata mereka yang menggunakan perkhidmatan berhenti merokok adalah empat kali lebih berkemungkinan untuk berjaya berhenti merokok berbanding mereka yang tidak mendapatkan sokongan.

New Zealand menyasarkan untuk menurunkan kadar merokok kepada kurang daripada lima peratus menjelang akhir tahun depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan