Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Bayi 19 hari maut, kakak koma, kereta dipandu ibu terbabas

ByBernama

SEREMBAN, 30 Dis: Seorang bayi lelaki berusia 19 hari meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini manakala kakaknya berusia sembilan bulan koma selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 3.8 Jalan Kampung Batu-Inas, Rembau, dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau DSP Azmi Ali berkata kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7.50 pagi itu mengakibatkan bayi berkenaan Muhammad Aryan Qhalish Muhammad Adzril yang merupakan penumpang hadapan, meninggal dunia selepas bertarung nyawa lebih tujuh jam akibat pendarahan di otak.

“Kakaknya, Putri Eshal, yang berada di tempat duduk belakang, kini masih koma akibat pendarahan di otak dan sedang menerima rawatan di hospital yang sama,” katanya.
Menurutnya ketika kejadian, ibu mangsa yang berusia 39 tahun sedang dalam perjalanan bersama lima orang anaknya, termasuk tiga anak perempuan lain berusia 11 tahun dan pasangan kembar berusia 10 tahun dari arah Jalan Inas menghala ke Kampung Batu, Rembau.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Perodua Alza yang dipandu wanita itu hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan. Keadaan jalan di kawasan itu berselekoh dan mempunyai cerun,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau memaklumkan ibu mangsa mengalami kecederaan di bahu kiri manakala kesemua anak yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Rembau untuk menerima rawatan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan