Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 174 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air telah berjaya dikenal pasti, menurut Kementerian Pengangkutan pada Selasa. Foto AFP

174 mayat mangsa nahas pesawat Jeju Air telah dikenal pasti

ByBernama

SEOUL, 31 Dis: Sebanyak 174 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air telah berjaya dikenal pasti, menurut Kementerian Pengangkutan pada Selasa, lapor Xinhua.

Dalam taklimat kepada keluarga mangsa, Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan memaklumkan bahawa daripada 32 mangsa yang gagal dikenal pasti melalui cap jari, 17 mangsa dikenal pasti menerusi ujian DNA pertama manakala 10 lagi dikenal pasti dalam ujian DNA kedua.

Bagaimanapun, lima mangsa masih belum dapat dikenal pasti berikutan ketidakpadanan DNA.

Mayat empat mangsa yang dikenal pasti diserahkan kepada keluarga masing-masing dan upacara pengebumian telah dimulakan, menurut kementerian itu.

Pihak berkuasa sebelum ini memaklumkan bahawa proses penyerahan kesemua mayat kepada keluarga mangsa mungkin mengambil masa sehingga 10 hari memandangkan keadaan mayat yang kebanyakannya terjejas teruk.

Pesawat Boeing 737-800 milik Jeju Air itu terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 290 km di barat daya Seoul.

Insiden dipercayai berpunca daripada kegagalan gear pendaratan, menyebabkan pesawat mendarat tanpa roda, merempuh dinding luar landasan lalu terbakar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan