Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli MPKS Maisarah Ismail bercakap kepada pemberita di Taman Seri Alam di sini hari ini. Foto,TVS.

Tiada kata putus oleh pemaju selesai isu benteng takungan air pecah – MPKS

ByAmirah Shawel

PUNCAK ALAM, 30 Dis: Pemaju projek kolam takungan air di Taman Seri Alam, Saujana Utama, masih belum memberi kata putus untuk menyelesaikan masalah benteng pecah yang berlaku di taman itu petang semalam.

Ahli Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Zon 23, Maisarah Ismail berkata meskipun rundingan dengan penduduk berlangsung pagi tadi, tiada sebarang penyelesaian yang kukuh dikemukakan olehpemaju.

“Ini kerana mereka perlu adakan rundingan selanjutnya dengan pihak atasan dan kami masih menunggu,” katanya ketika ditemui media di Taman Seri Alam di sini, hari ini.

Jelas beliau, MPKS telah mengemukakan jumlah tertentu kerosakan yang dialami oleh penduduk setempat kepada pemaju sebagai tuntutan bayaran pampasan.

Maisarah bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar kerana masih lagi dalam rundingan.

“Anggaran kerosakan bagi setiap rumah adalah berbeza, saya diberitahu penduduk ada yang mencecah sehingga RM40,000,” katanya.

Maisarah turut menggesa pemaju untuk memberi keutamaan kepada kehendak penduduk iaitu dengan menutup kolam takungan air berkenaan bagi mengelak insiden sama berulang.

Sementara itu, beliau memaklumkan MPKS juga akan menjalankan siasatan lanjut bagi menyemak semula status kolam takungan air itu dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Menurutnya, beliau dimaklumkan oleh pemaju telah mematuhi piawaian pembangunan dan akan menyerahkan kolam tersebut kepada JPS.

Kali kedua benteng takungan air pecah, kesan lebih teruk – penduduk

“Saya kena buat siasatan lanjut dan dapatkan pandangan JPS mengapa belum buat serahan saya kira mungkin faktor bangunan itu sendiri jadi masalah,” katanya.

Semalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 5.15 petang.

Kejadian benteng pecah itu menyebabkan air mengalir ke seluruh taman perumahan itu namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan