Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rock In The Jungle 2024 yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada para peminat muzik rock. Foto Awang Azmil (TVS)

Rock In The Jungle gegar pentas Kampung Budaya Sarawak pada malam kedua

ByAdlina Rahman

KUCHING, 30 Dis: Memasuki malam kedua festival Rock In The Jungle (RITJ) 2024, suasana di Kampung Budaya Sarawak terus hangat dengan menghimpunkan kehadiran peminat muzik rock.

Pentas utama dibuka dengan persembahan BnB Band yang menyajikan penonton dengan lagunya seperti Don’t Talk to Strangers dan kemudian diikuti kumpulan Senseless yang memikat hati penonton dengan lagunya yang penuh bertenaga antaranya E.M.E, Burning the Witches dan Fantasy of My Own.

Kehangatan RITJ terus dirasai dengan kehadiran kumpulan kelahiran Sarawak sendiri, Candy yang memukau pengunjung RITJ 2024 dengan persembahan lagu Osmosis, Bagaikan, Setia2U, AkT (Akan ku Tunggu) dan lain-lain.

Kumpulan dari Indonesia, EdanE juga tampil mengambil alih pentas dengan lagunya Living Dead, Hail Edan, Time to Rock serta Masihkah Ada Senyum.

Sebagai penutup tirai malam RITJ 2024, lagenda rock tanah air Wings menghiburkan penonton dengan lagu sensasinya Bujang Senang, Dalam Kehadiran Sofea dan Sejati.

RITJ 2024 membuka tirainya semalam pada 28 Disember dengan menghimpunkan ribuan peminat dari dalam dan luar negara hadir memenuhi Kampung Budaya Sarawak untuk menyaksikan persembahan artis rock tempatan, Indonesia dan Singapura.

Festival RITJ 2024 yang berlangsung selama dua malam itu merupakan satu konsert rock unik yakni ia dianjur dengan menggabungkan muzik rock dengan elemen keindahan alam yang terdapat di Kampung Budaya Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan