Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Lukanisman Awang Sauni (tengah) bersama-sama wakil JKKK pada penyerahan cek SejaTI MADANI 2024 daerah Subis di Dewan Masyarakat Bekenu, hari ini. Foto Vanessa Enjop (TVS)

RM1.2 juta dana SejaTi MADANI diluluskan untuk daerah Subis

ByVanessa Enjop

BEKENU, 30 Dis: Dana Program Sejahtera Komuniti (SejaTi) MADANI yang diperuntukkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu diuruskan dengan cekap.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata dana ini adalah untuk memastikan kelangsungan serta kemampanan projek ekonomi di kawasan tersebut.

“Di kawasan Parlimen Sibuti, sebanyak 18 JKKK telah berjaya memperoleh geran ini, termasuk Kampung Kuala Sibuti dan Kampung Keluru Jaya.

“Namun, masih banyak kampung lain yang memerlukan bimbingan untuk menyediakan kertas kerja dan menghantar permohonan menerusi sistem SejaTi MADANI,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni pada majlis simbolik penyerahan geran SejaTi MADANI di Dewan Masyarakat Bekenu, hari ini.

Fadillah turut menjelaskan, walaupun terdapat kekangan, kerajaan komited meluluskan lebih banyak permohonan pada tahun 2025.

“Saya menyeru ketua kampung dan tuai rumah agar bersiap sedia untuk memohon apabila sistem dibuka awal tahun depan. Sasaran kita adalah memastikan sebanyak 225 kampung dan rumah panjang di Parlimen Sibuti mendapat manfaat daripada geran ini.

“Selain itu, program ini turut menyediakan peruntukan kecil sebanyak RM5,000 daripada Kementerian Desa dan Wilayah untuk projek komuniti,” ujarnya.

Di daerah Subis, kerajaan memberi tumpuan kepada projek penternakan ayam daging dan ayam telur, serta pelancongan kampung seperti penyediaan kenderaan ATV dan pameran patung dinosaur untuk menarik pengunjung.

Menurutnya, 17 JKKK di daerah Subis telah diluluskan dengan dana SejaTi MADANI berjumlah RM1,259,917.

“Saya sedar terdapat cabaran dalam melaksanakan projek ini, termasuk meyakinkan ahli jawatankuasa kampung serta mendapatkan persetujuan penduduk.

“Dengan kerjasama semua pihak, kita dapat memastikan setiap geran yang diterima dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembangunan kampung,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan