Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan Sarawak telah melantik pihak ketiga untuk membuat penilaian syarikat serta aset pengambilalihan tersebut. Foto TVS

Proses pengambilalihan MASwings dijangka selesai suku pertama tahun depan

KUCHING, 30 Dis: Proses pengambilalihan MASwings Sdn Bhd (MASwings) dijangka selesai sekurang-kurangnya pada suku pertama tahun depan, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mendedahkan perkara itu, jelasnya keputusan mengenai perkara tersebut sepatutnya dicapai pada bulan ini, namun terdapat beberapa aspek yang masih dalam peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan.

“Secara prinsipnya kita telah bersetuju diantara pihak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Kementerian Pengangkutan (MOT), hanya satu perkara sahaja yang menyebabkan kita belum dapat menandatangani proses jual beli tersebut.

“Ia adalah berkenaan dengan nilai dan asetnya, kerana ketika ini ada perbezaan nilai MASwings dan asetnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pembinaan Bangunan Perubatan & Komersial Yayasan Buah Pinggang CHKMUS, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata kerajaan Sarawak telah melantik pihak ketiga untuk membuat penilaian syarikat serta aset pengambilalihan tersebut.

“Pihak ketiga maknanya mereka ada audit mereka sendiri dan kita juga ada audit kita. Sekarang ini dalam proses. Saya harap perkara ini dapat diputuskan dengan cepat kerana mereka sudah bersetuju,” tambahnya lagi.

Sebelum ini Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, Sarawak dijangka menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan Malaysia Aviation Group (MAG) pada 31 Disember 2024 berkaitan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings.

Ia selepas Kerajaan Sarawak dan MAG, syarikat induk MASwings telah mencapai persetujuan terma yang menggariskan SPA tersebut.

Lee juga berkata Kerajaan Sarawak menyasarkan untuk meletakkan MASwings sebagai syarikat penerbangan serantau dalam jarak penerbangan empat hingga tujuh jam.

Ini sekali gus menjadikan Sarawak sebagai pintu masuk untuk perjalanan udara serantau selaras dengan visi Sarawak untuk meningkatkan profilnya sebagai destinasi antarabangsa dan menarik pelaburan asing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan