Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Polis tahan penganggur miliki senjata tiruan

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 30 Dis: Polis menahan seorang penganggur kerana disyaki memiliki senjata tiruan di sekitar Chukai, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata suspek berusia 48 tahun ditahan hasil laporan yang dibuat penduduk tinggal berdekatan.

Beliau berkata seorang lelaki berusia 55 tahun yang membuat laporan polis mendakwa terdengar bunyi tembakan, sebelum menemui beberapa biji bebola besi di parkir hadapan rumahnya di Taman Banggol Indah, Kemaman.

“Lelaki itu juga sebelum ini menjumpai kesan serpihan kaca di atas lantai tangga dan kesan lubang pada kaca tangga rumahnya, selain turut menemukan biji bebola besi di atas lantai balkoni dan parkir keretanya pada pukul 4.30 petang, 18 Dis lepas.

“Dia membuat laporan polis kerana risau keselamatan diri dan keluarga pada pukul 2.14 petang semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Muhamad berkata suspek dipercayai menggunakan senjata tiruan iaitu slingshot yang dibeli secara dalam talian berserta peluru jenis bebola besi yang disyaki digunakan untuk menembak burung liar.

“Suspek kini direman hingga 2 Jan depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan