Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Juruterbang penerbangan komersial Korea Selatan yang terbabas dari landasan dan terbakar dilaporkan mengalami pelanggaran dengan burung sejurus sebelum pendaratan cemas, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik agensi berita Yonhap pada Isnin. Foto AFP

Juruterbang lapor pelanggaran burung sebelum nahas – Pihak berkuasa Korea Selatan

ByBernama

BEIJING, 30 Dis: Juruterbang penerbangan komersial Korea Selatan yang terbabas dari landasan dan terbakar dilaporkan mengalami pelanggaran dengan burung sejurus sebelum pendaratan cemas, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik agensi berita Yonhap pada Isnin.

Menurut laporan itu, juruterbang mengeluarkan isyarat Mayday pada pagi Ahad selepas kejadian pelanggaran burung itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Wilayah Jeolla, kira-kira 288 kilometer barat daya Seoul.

Maklumat itu menyokong andaian bahawa gear pendaratan pesawat Jeju Air Boeing 737-800 mungkin terjejas. Pihak berkuasa memaklumkan bahawa menara kawalan di lapangan terbang itu telah mengeluarkan amaran burung sejurus sebelum nahas berlaku.

Pesawat itu mendarat tanpa gear pendaratan, meluncur di sepanjang landasan sebelum merempuh dinding konkrit dan terbakar.

Pesawat berkenaan membawa 181 orang, dengan 179 daripadanya terbunuh. Dua mangsa yang terselamat adalah anggota kru. Selain dua warga Thailand, semua penumpang adalah rakyat Korea. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan