Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para peserta Program Samasiswa Melayu Sarawak 2024 anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak di Kuching pada Ahad. Foto AKYBMS

Ijazah dan diploma bukan jaminan mutlak untuk mendapat pekerjaan

KUCHING, 30 Dis: Ijazah dan diploma sahaja pada masa sekarang belum tentu jaminan dan cerminan pelajar memiliki kemahiran dan berdaya saing untuk mendapat pekerjaan pada zaman ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Dr Al-Khalid Othman berkata kemahiran-kemahiran yang lain seperti wibawa komunikasi, wibawa bahasa, wibawa memimpin juga amat diperlukan dalam menjadikan seseorang siswa itu berjaya pada masa akan datang.

“Sehubungan dengan itu, program-program yang dianjurkan seperti ini merupakan salah satu usaha untuk membentuk nilai yang amat diperlukan pada masa sekarang dan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan Program Samasiswa Melayu Sarawak 2024 anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di sini pada Ahad.

Menurutnya, ibu-bapa dan pensyarah amat mengharapkan mahasiswa dan mahasiswi menjadi orang yang berguna dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.

“Teruskan berusaha tanpa putus asa dan jangan mensia-siakan harapan mereka ini. Ilmu adalah segala-galanya untuk merealisasikan harapan mereka,” katanya.

Program Samasiswa Melayu Sarawak 2024 yang diadakan di Sumiran Eco Park & Resort itu disertai 40 pelajar mahasiswa dan mahasiswi.

Jelasnya, program ini dapat memupuk jati diri para pelajar untuk persiapan memasuki alam pekerjaan.

“Jati diri penting untuk pembangunan modal insan yang mampu berdaya saing dan mempunyai ketahanan fizikal serta mental dalam menghadapi cabaran semasa sama ada di sekolah, institusi pendidikan ataupun tempat kerja,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan