Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Hari Keluarga Kampung Pemukat Kuala Lawas yang pertama kali diadakan berjaya menyatukan lebih 1,000 penduduk Borneo dan Semenanjung Malaysia. Foto TVS

Hari Keluarga Kampung Pemukat eratkan perpaduan penduduk

LAWAS, 30 Dis: Program Hari Keluarga Kampung Pemukat Kuala Lawas yang pertama kali diadakan berjaya menyatukan lebih 1,000 penduduk Borneo dan Semenanjung Malaysia.

Pengerusi penganjur, Kaunselor Mohamad Bakar, menyifatkan perhimpunan ini sebagai peluang bermakna untuk mempererat hubungan dalam kalangan penduduk yang menetap jauh dari kampung halaman, termasuk di luar Daerah Lawas.

“Program ini sangat meriah dan menjadi simbol muafakat penduduk Kampung Pemukat Kuala Lawas yang walaupun tinggal berjauhan, tetap mengekalkan hubungan akrab,” katanya ketika ditemui pada majlis itu hari ini.

Beliau turut berkongsi bahawa program tersebut menjadi platform untuk penduduk yang sudah lama tidak bertemu, termasuk ada yang lebih 10 tahun terpisah kerana komitmen kerja dan jarak tempat tinggal.

Seorang penduduk asal kampung itu, Siti Fadhilah Othman, 37, yang kini menetap di Kuala Terengganu, meluahkan kegembiraan dapat kembali ke kampung halaman selepas sedekad berjauhan.

“Saya sanggup mengatur cuti lebih awal untuk menghadiri program ini kerana ia memberi peluang untuk bertemu keluarga dan mengubat rindu pada kampung,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa keakraban dan semangat muhibah penduduk Kampung Pemukat menjadi kunci perpaduan yang kukuh.

Sementara itu, Awang Damit Mohamad, seorang penduduk dari Brunei Darussalam, tidak berasa keberatan memandu lebih dua jam ke Lawas, walaupun berdepan kesesakan di sempadan, demi menyertai program tersebut.

“Program seperti ini sangat bermakna untuk menyatukan dan memperkukuh hubungan antara kami, meskipun ada yang menetap di luar negara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan