Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter. Foto fail AFP

Bekas Presiden AS Jimmy Carter meninggal dunia pada usia 100 tahun

ByBernama

WASHINGTON, 30 Dis: Jimmy Carter, Presiden Amerika Syarikat ke-39 dan penerima Hadiah Nobel Keamanan 2002 meninggal dunia pada usia 100 tahun di kediamannya di Plains, Georgia, lapor Agensi Anadolu yang memetik kenyataan daripada Carter Centre.

“Ayah adalah seorang wira, bukan hanya kepada saya tetapi kepada semua yang memperjuangkan keamanan, hak asasi manusia dan kasih sayang tanpa syarat.

“Saya, bersama adik-beradik saya, berkongsi beliau dengan dunia menerusi nilai-nilai bersama ini. Dunia menjadi keluarga kami kerana cara beliau menyatukan insan dan kami berterima kasih kepada anda kerana menghormati kenangannya dengan terus menghayati nilai-nilai ini,” kata Chip Carter, anak kepada bekas presiden itu.

Carter memegang jawatan sebagai presiden AS dari Januari 1977 hingga Januari 1981.

Beliau meninggalkan empat anak, 11 cucu dan 14 cicit. Isterinya, Rosalynn, meninggal dunia pada 2023.

Presiden Joe Biden menyifatkan pemergian Carter sebagai kehilangan seorang pemimpin, negarawan dan pejuang kemanusiaan luar biasa bagi Amerika dan dunia.

“Dengan sifat belas kasih dan moralnya, beliau berusaha membasmi penyakit, memupuk keamanan, memperjuangkan hak sivil dan hak asasi manusia, mempromosi pilihan raya bebas dan adil, menyediakan tempat tinggal kepada gelandangan, serta sentiasa memperjuangkan golongan paling terpinggir.

“Beliau menyelamatkan, mengangkat, dan mengubah kehidupan ramai insan di seluruh dunia,” kata Biden dalam satu kenyataan.

Biden turut mengumumkan bahawa beliau akan mengarahkan majlis pengebumian negara diadakan di Washington, DC bagi menghormati Carter.

Presiden terpilih Donald Trump pula berkata, cabaran yang dihadapi Carter sebagai presiden muncul pada waktu yang kritikal bagi AS, dan beliau melakukan segala yang termampu untuk memperbaiki kehidupan semua rakyat Amerika.

“Atas usaha itu, kita semua terhutang budi kepadanya.

“Melania dan saya menyampaikan salam takziah kepada keluarga Carter dan orang tersayang mereka pada saat sukar ini,” katanya menerusi platform Truth Social miliknya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan