Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lagi bayi meninggal dunia awal pagi Ahad akibat cuaca sejuk melampau di Gaza, menandakan kematian bayi yang kelima dalam tempoh kurang seminggu. Foto AFP

Bayi kelima maut di bumi Gaza akibat cuaca sejuk melampau

ByBernama

GAZA, 30 Dis: Seorang lagi bayi meninggal dunia awal pagi Ahad akibat cuaca sejuk melampau di Gaza, menandakan kematian bayi yang kelima dalam tempoh kurang seminggu.

Tragedi berlaku ketika ribuan keluarga terus bertahan dalam khemah sementara di Deir al-Balah akibat genosid yang sedang berlangsung, menurut laporan Agensi Berita Palestin (WAFA).

Bayi malang itu, Jumaa Al-Batran, meninggal dunia ketika baru berusia sebulan, manakala saudara kembarnya, Ali, kini dalam keadaan kritikal akibat kesejukan yang melampau.

Sumber perubatan memaklumkan empat bayi lain yang berumur antara empat hingga 21 hari turut terkorban akibat suhu ekstrem dan diburukkan lagi dengan kekurangan sumber asas di kawasan yang dikepung.

Selain kehilangan nyawa yang menyayat hati, sumber perubatan turut melaporkan peningkatan kes penyakit dalam kalangan kanak-kanak.

Keadaan ini diburukkan oleh masalah kekurangan makanan yang dialami golongan ibu, sekali gus menyumbang kepada krisis kesihatan yang semakin meruncing di Gaza.

Sejak 7 Okt tahun lalu, tentera penjajah Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 46,000 penduduk Gaza, menurut angka terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Puluhan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat tekanan hidup yang dahsyat, termasuk kelaparan, kekurangan rawatan perubatan, dan hipotermia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan