Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini telah dikenalpasti, lapor agensi berita Yonhap memetik Kementerian Tanah pada Isnin. Foto AFP

141 daripada 179 mangsa nahas pesawat Jeju Air dikenal pasti

ByBernama

MUAN (Korea Selatan), 30 Dis: Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini telah dikenalpasti, lapor agensi berita Yonhap memetik Kementerian Tanah pada Isnin.

Semasa taklimat kepada keluarga mangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan yang terletak 288 kilometer ke selatan Seoul, kementerian memaklumkan semua 179 mayat telah dipindahkan ke sebuah bilik mayat sementara.

“Kami akan menghubungi keluarga mangsa sebaik sahaja bedah siasat selesai dilakukan oleh agensi penyiasat, ” kata seorang pegawai.

Barangan milik mangsa sedang dikumpulkan daripada lokasi nahas.

Tapak kejadian akan dipelihara sementara siasatan pihak berkuasa mengenai punca nahas dijalankan.

Semua bandar utama dan wilayah di Korea Selatan mengumumkan rancangan untuk membuka altar peringatan bersama bagi mangsa pada hari terbabit.

Kerajaan tempatan Gwangju dan Wilayah Jeolla Selatan, yang kehilangan 157 penduduknya dalam nahas itu akan menubuhkan sekurang-kurangnya tiga altar termasuk di Dataran Demokrasi 18 Mei, bangunan kerajaan Wilayah Jeolla Selatan, dan kompleks sukan di Muan.

Altar itu akan dibuka hingga akhir tempoh berkabung negara selama tujuh hari pada Sabtu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan