Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol. Foto AFP

Yoon gagal hadir kali ketiga bagi soal siasat

ByBernama

SEOUL, 29 Dis: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Ahad sekali lagi gagal hadir untuk sesi soal siasat dalam penyiasatan terhadap kegagalannya melaksanakan pengisytiharan undang-undang tentera, sekali gus meningkatkan kemungkinan badan penyiasat memohon waran tangkap terhadapnya, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO) yang mengendalikan kes itu memaklumkan bahawa Yoon tidak hadir di pejabatnya di Gwacheon pada 10 pagi seperti yang diminta oleh CIO.

Ini menandakan kali ketiga Yoon tidak mengendahkan arahan untuk hadir.

Beliau sebelum ini mengabaikan dua arahan serupa pada 18 Dis dan Hari Krismas.

CIO dijangka memohon waran tangkap terhadap presiden itu, langkah yang dianggap belum pernah berlaku terhadap seorang presiden yang masih berkhidmat di Korea Selatan.

Pada 7 Dis, empat hari selepas percubaan melaksanakan undang-undang tentera gagal, Yoon berucap bahawa beliau tidak akan mengelak daripada tanggungjawab undang-undang dan politik berhubung tindakannya.

Namun begitu, keputusan sama ada mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap masih belum dapat dipastikan.

Ketua CIO, Oh Dong-woon berkata agensi itu akan menghantar dokumen rasmi untuk memberi amaran kepada pejabat presiden sekiranya perkhidmatan keselamatan presiden menghalang prosiding penangkapan Yoon. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan