Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konsert yang pertama kali diadakan di hutan itu menyaksikan kumpulan rock legenda XPDC dan Sweet Charity berjaya memukau ribuan peminat di Kampung Budaya Sarawak. Foto Ezzany Yusof (TVS)

XPDC, Sweet Charity pukau ribuan peminat

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 29 Dis: Hari pertama Rock In The Jungle (RITJ) 2024 berlangsung dengan begitu meriah semalam.

Konsert yang pertama kali diadakan di dalam hutan itu menyaksikan kumpulan rock legenda XPDC dan Sweet Charity memukau ribuan peminat di Kampung Budaya Sarawak.

XPDC yang sudah lama dikenali dengan lagu rock mereka sejak 1989 memulakan persembahan mereka pada jam 9:45 malam dengan penuh bertenaga.

Antara lagu yang didendangkan adalah C.I.N.T.A, Semangat yang Hilang dan Titian Perjalanan.

Manakala Sweet Charity, kumpulan rock yang aktif sejak 1970-an memulakan persembahan pada jam 10:45 malam dan mendendangkan beberapa lagu seperti Teratai, Hilang Gelap Terbitlah Terang.

Turut hadir pada hari pertama RITJ 2024 adalah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, yang memberikan sokongan terhadap penganjuran acara tersebut.

Hari kedua bakal menyaksikan persembahan dari BNB Band, Senseless, Candy, Edane, dan Wing yang akan bermula seawal jam 7 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan