Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Terengganu kembali dilanda banjir apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Hulu Terengganu pada petang ini. Foto: Jalaluddin Ismail (FB)

Terengganu kembali dilanda banjir, dua PPS dibuka

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 29 Dis: Terengganu kembali dilanda banjir apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Hulu Terengganu pada petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan seramai 48 mangsa daripada 15 keluarga kini ditempatkan di PPS Kampung Lubuk Periuk dan Balai Raya Kampung Peneh membabitkan masing-masing 20 dan 28 mangsa.

Menurut JPBNT trend bilangan mangsa setakat 6 petang menunjukkan peningkatan susulan hujan masih berterusan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di enam daerah sehingga esok, membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Sementara itu, amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dikeluarkan untuk dua lagi daerah iaitu Kuala Terengganu dan Marang.

Semakan di portal Public InfoBanjir mendapati lima stesen di negeri itu mencatatkan bacaan paras air melebihi tahap bahaya iaitu Sungai Berang di Kampung Menerong, Sungai Telemong di Kuala Ping (F1), dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu (F1) di Hulu Terengganu.

Dua lagi stesen ialah Sungai Besut di Jambatan Keruak dan Sungai Besut di Kampung La di daerah Besut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan