Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suhu purata Jepun pada 2024 dijangka mencatat rekod tertinggi untuk tahun kedua berturut-turut, menurut laporan media tempatan yang dipetik Xinhua. Foto AFP

Suhu purata Jepun pada 2024 dijangka catat rekod tertinggi

ByBernama

TOKYO, 29 Dis: Suhu purata Jepun pada 2024 dijangka mencatat rekod tertinggi untuk tahun kedua berturut-turut, menurut laporan media tempatan yang dipetik Xinhua.

Sepanjang tempoh Januari hingga November, suhu purata Jepun adalah 1.64 darjah Celsius lebih tinggi berbanding purata tahunan bagi tempoh 30 tahun sehingga 2020.

Ini merupakan tahap tertinggi sejak agensi kaji cuaca negara itu mula mengeluarkan data pada 1898, lapor Kyodo News berdasarkan angka awal yang dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

“Suhu tahun ini boleh dikatakan luar biasa tinggi,” kata seorang pegawai JMA.

Menurut agensi itu, suhu tinggi berpunca daripada aliran udara panas yang dibawa oleh angin yang bergerak lebih jauh ke utara daripada biasa, selain kesan pemanasan global.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, suhu di Jepun terus meningkat, dengan tempoh lima tahun dari 2019 hingga 2023 mendominasi senarai lima tahun paling panas, menurut laporan itu.

Suhu purata permukaan laut di sekitar Jepun juga 1.46 darjah Celsius lebih tinggi daripada purata tahunan setakat akhir November, melepasi rekod tertinggi yang dicatatkan pada 2023 sejak data tersedia pada 1908. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan