Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir di Rock In The Jungle 2024 semalam. Foto UKAS

Rock In The Jungle bakal jadi festival ikonik seperti RWMF – Abdul Karim

KUCHING, 29 Dis: Festival Rock In The Jungle (RITJ) yang pertama kali diadakan di Sarawak diyakini mempunyai potensi besar untuk berkembang seperti Rainforest World Music Festival (RWMF), yang kini terkenal di peringkat antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata RWMF juga bermula dengan sederhana, dengan hanya 300 pengunjung pada penganjuran sulungnya 28 tahun lalu.

“Ini adalah kali pertama Rock In The Jungle diadakan. Jika kita lihat pada RWMF, ia bermula kecil tetapi kini menjadi acara muzik yang diiktiraf di seluruh dunia,” katanya.

Beliau percaya festival ini akan terus mendapat sambutan hangat dan mampu berkembang lebih besar pada masa depan.

“Di Sarawak memang ramai peminat muzik rock. Saya yakin dengan platform seperti ini, lebih banyak peluang akan terbuka untuk para peminat dan pemuzik rock berkumpul dan berhibur,” katanya.

RITJ dilihat bukan sekadar acara hiburan, tetapi juga sebagai landasan penting untuk menghidupkan semula semangat muzik rock di rantau ini, sekaligus berpotensi menarik kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa sepertimana RWMF.

Dengan sambutan memberangsangkan, festival ini dijangka bakal menjadi salah satu acara ikonik Sarawak pada masa akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan