Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penerbangan KLM KL1204 dari Oslo ke Amsterdam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Norway pada malam Sabtu, dengan semua penumpang dan kru dilaporkan selamat, menurut syarikat penerbangan Belanda pada Ahad, lapor Xinhua. Foto fail AFP

Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas di Norway

ByBernama

THE HAGUE, 29 Dis: Penerbangan KLM KL1204 dari Oslo ke Amsterdam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Norway pada malam Sabtu, dengan semua penumpang dan kru dilaporkan selamat, menurut syarikat penerbangan Belanda pada Ahad, lapor Xinhua.

Jurucakap KLM memaklumkan kepada media tempatan bahawa bunyi “dentuman kuat” kedengaran di dalam kabin sejurus selepas pesawat berlepas.

Sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang melencongkan pesawat ke Lapangan Terbang Torp Sandefjord, kira-kira 150 kilometer di selatan Oslo.

Pesawat mendarat dengan selamat namun tergelincir dari landasan pada kelajuan rendah sebelum berhenti di kawasan berumput di tepi landasan.

Polis Norway mengesahkan bahawa pesawat itu membawa 176 penumpang dan enam kru, semuanya berjaya dipindahkan dengan selamat.

Menurut jurucakap KLM, semua penumpang telah diberikan kemudahan yang sesuai di lapangan terbang tempatan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan